Thursday, July 7, 2011

"Lebih Tinggi"

Higher Nature by Dynnnad of devientArt

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, tuhan yang layak disembah dan pemilik alam ini dan 99 nama-NYA yang agung. Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W. hero contoh seluruh umat.

Astaghfirullah hal-‘azim,

Astaghfirullah hal-‘azim..

Wa Astaghfirullah hal-‘azim..

Saya sebenarnya sudah penat, menaip artikel seolah-olah'comeback', membersihkan sawang blog ini yang sudah lama dibiarkan sepi, tanpa isi.Saya berdoa kepada ALLAH..moga kali ini kelangsungan hayat lebih lama, dan tidurnya sebentar cuma. Rabbi, yusahhilni..amin.

Hadiah buat diri sendiri, puisi :

“ Lebih Tinggi ”

Izinkan aku berlari lebih tinggi,

dalam pendakian perasaan ini..

semakin cuba melepaskan diri..

semakin ia menyelirat ke tangkai naluri...


Izinkan aku mengerah keringat ini....

keazaman dipasak lebih tinggi..

dan istighfar.....YA, ia perlu dilazimi,

pencegah karat hati..

agar ternoktah sebuah janji..


Kerana ILAHI..

itu pasti !


~ILHAM~

ghurfati mahbub..

10.54 am, 8 July 2011


'' Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi dariNYA ''

MODE : sedang memasang azam untuk meninggikan 'beberapa perkara' Rabbi yusahhilni...

doakan kawan saya=) , jazakumullah khair

Wallahua'lam.

4 comments:

  1. salam.. lama x update blog.. finally.. Insyallah boleh istiqamah lps ni.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Dinah..hajat doamu=)

    ReplyDelete
  3. go go zahra! larikan pena sederas mungkin :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih mas=)

    hajat doamu..

    untuk terus istiqamah melarikan pena ini..
    biar jari terus menari..
    atas keyboard kecil ini..
    Kerana ILAHI..itu penting sekali..

    ReplyDelete