Thursday, October 20, 2011

DEBAT : Walau hanya amatur ..=)

Assalamualaikum wr. wbt , dengan Nama Allah yang Maha Perkasa lagi Maha bijaksana. Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W.

...entah kenapa masa seolah berhenti , idea mati, minda buntu sekali saat saya ingin update post berilmiah di Kata&Janji, storage saya penuh dengan post separuh-separuh..Allah..Allah..Allah, kurang kebergantungan pada Allah dan suntuk masa mungkin.

bila suntuk masa, saya selalu bercita-cita buat satu dapat buat satu post yang padat, biar panjang tak mengapa, janji saya puas, dapat kaji ilmu ( menulis buat kita craving nak cari dalil dan huraian jelas ) dan dapat kongsi ilmu.., teringat pesan seorang pensyarah : " kita nak akaun pahala kita sentiasa bertambah, walau kita dah mati..carilah apa sahaja segi dan salah satunya adalah penyampaian ilmu melalui mata lidah dan mata pena".. Tetapi kali ini perkongsian saya ringkas cuma..

Esok, 24 Oktober 2011 saya dan rakan-rakan di KUIS yang lain akan mula training untuk "Kenyalang Debate Open" yang akan belangsung pada 27 Okt-1 Nov 2011 di UiTM Samarahan, Sarawak.

Menyelusuri penglibatan saya dalam dunia debat di IPT, ini adalah penglibatan kali ketiga., ye ketiga..baru ketiga..KETIGA=)

gambar ihsan pakcik google tiada kaitan dengan saya, maaf kabur..
klik gambar untuk kekaburan berganda =)

Saya masih amatur dalam dunia debat ini, masih sangat setahun jagung..masih sangat-sangat baru..tapi sungguh saya semakin jatuh cinta dengan debat, lapangan ilmu pengetahuannya menjangkau pemikiran..cakupan pembacaan menyentuh segenap aspek baik sejarah, politik, perpaduan, agama dan banyak lagi.

Boleh tak berdebat dalam ISLAM ?

Dalam Surah An-Nahl ayat 125, Allah SWT berfirman :

" Serulah ( manusia ) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan cara yang baik. SesungguhnyaTuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalannya dan Dia-lah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk"

Imam Syafei pernah menyebut : " Berdebatlah dengan cara yang baik dan jauhilah perdebatan dengan orang yang jahil kerana ia hanya sia-sia."

Kali pertama menginjak kaki di pentas perdebatan di Pertandingan Bahas Universiti-Universiti Asean di Brunei Darussalam banyak memberi ilmu baru buat saya, teringat kata-kata saya usai makan malam di Universiti Brunei Darussalam ( UBD ) pada Wawarah dan cikgu :

" Debat ni macam dadah kan, tapi ana tak pernahlah hisap dadah (Na'uzubillah..haram ye)..maksud ana kita jadi ketagih,kita rasa nak berdebat selalu dan bila tak dapat deliver dengan baik tak puas.."

Diikuti dengan Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional di Tronoh Perak membuka lembaran baru buat saya dan saya semakin jatuh cinta,oh~~~, kata saya pada Nabila :

" Ilmu debat ni macam buah, kita dah kenyang dah..mungkin dah kenyang sangat tapi boleh masuk buah lagi.."

InsyaAllah jika berkesempatan nanti saya akan kongsi ibrah ( pengajaran ) yang saya timba di Brunei dan di perak di sini..doa ya^-^


Apa itu debat ?

~ Debat merupakan merupakan satu kaedah formal penghujahan secara interaktif melalui perwakilan kerajaan dan pembangkang. Debat membuka skop perbincangan yang luas , tidak retorik tetapi berasaskan hujah yang logik menggunakan fakta kes yang telah dikaji dan menggunakan teknik bujukan.~Tiba-tiba rasa rajin dan baik hati translate patah-patah kata dari Pakcik Wikipedia ke dalam Bahasa Melayu=)

InsyaAllah untuk perkongsian ringkas ini, saya hadirkan puisi berjudul DEBAT ~

DEBAT

Debat,ia bukan kecelaruan fakta semata-mata,
dan bukan hanya mainan bahasa,
tetapi...
ia sukan bicara dan kata,
kolaborasi isi dan hujah bawa paradigma,

Debat,
punya dua kedudukan,
angkat usul jadi Mahkota,
atau tentang usul agar beralih takhta,

isi, huraian, fakta dan contoh diikat,
penguat hujah juga jerat,
jerat untuk pihak lawan...agar kita tak hilang idea atau keringat,
dan saf kita tidak tergugat..

Debat,
terkadang buat air mata mengalir,
terkadang buat diri tersenyum,
kadang hujah mati,
dan terkadang semangat menngunung tinggi..
angkat hujah jadi paksi!

Debat oh debat,
ia sukan guna minda,
pentas pemecah kekeliruan!
arena meraih kejelasan!!

Zahra Azmi-vista-11.45pm-puisi Debat

~ Doakan saya ya, agar dapat buat yang terbaik, jaga hati dan ikhtilat..dan buat kerana Allah! , ameen~~

Wednesday, July 20, 2011

Mari berISTIKHARAH CINTA~

Assalamualaikum wr. wbt..Dengan Nama Allah yang Maha Perkasa lagi Bijaksana, Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia dengan ucapan Allahumma solli 'ala Muhammad...

Sebenarnya bukanlah diri ini ingin berkongsi post terbaru berkaitan ini..namun kesuntukan masa buat diri hanya mampu menitipkan ini untuk setakat ini..

Puisi ini hadir dari Ilham yang Esa untuk saya abadikan sebagai puisi promo~ program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Sarjana Muda ( PERSADA ) yang mana saya terlibat dalam program ini..

Saya amat berhajat doa dari sahabat-sahabat sekalian untuk melancarkan program ini, dan moga Allah menjaga hati saya dari sifat-sifat Mazmumah dan dari kelalaian..moga Allah terus thabatkan kami di Jalan ini..amin..

Hadiah untuk kalian,

~Puisi Istikharah Cinta~

Izinkan ku raikan rasa hati ini,
di taman kemesraan..
menusuk terus ke jantung sanubari...
kerna ia buat hati terus penasaran..

Entah kenapa..cinta ini buat hati bahagia sekali..
saat aku berikrar dan bersaksi..
demi mengikat sebuah janji..

Saat Cinta Qaisy dan Laila berlagu merdu..,
tika rasa Shahjehan dan mumtaz mahal menggamit rindu..
rasa kasih ini sering bertamu..
menerobos hati bertalu-talu..
hingga aku merasa jemu..
lalu.. tertunduk malu..

Kerana..,
aku sering termanggu sendiri,
Ahhhh!! apa ini???

Cinta siapakah yang ingin ku cari???
dan apakah jalan yang ku pilih hari ini..
menjanjikan kebahagian tertinggi..
atau aku..yg akan menyesal nanti....?

Ya Allah,
aku pasrah...dalam lelah..
kurniakan aku hidayah..
dan izinkan aku membntangkan rasa sajadah..

untuk... berISTIKHARAH...

zahra azmi-puisi Istikharah cinta-ghurfati-1.33am-

ISTIKHARAH CINTA-21 JULAI 2011-AUDI PTD-9 MALAM
- prgram ini dapat slot kuliah maghrib usrahKUIS
Mode: tembaklah doa untuk program ini..mg ia menyentuh hati.membawa cinta suci.pd paksi ilahi!!


Thursday, July 7, 2011

"Lebih Tinggi"

Higher Nature by Dynnnad of devientArt

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, tuhan yang layak disembah dan pemilik alam ini dan 99 nama-NYA yang agung. Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W. hero contoh seluruh umat.

Astaghfirullah hal-‘azim,

Astaghfirullah hal-‘azim..

Wa Astaghfirullah hal-‘azim..

Saya sebenarnya sudah penat, menaip artikel seolah-olah'comeback', membersihkan sawang blog ini yang sudah lama dibiarkan sepi, tanpa isi.Saya berdoa kepada ALLAH..moga kali ini kelangsungan hayat lebih lama, dan tidurnya sebentar cuma. Rabbi, yusahhilni..amin.

Hadiah buat diri sendiri, puisi :

“ Lebih Tinggi ”

Izinkan aku berlari lebih tinggi,

dalam pendakian perasaan ini..

semakin cuba melepaskan diri..

semakin ia menyelirat ke tangkai naluri...


Izinkan aku mengerah keringat ini....

keazaman dipasak lebih tinggi..

dan istighfar.....YA, ia perlu dilazimi,

pencegah karat hati..

agar ternoktah sebuah janji..


Kerana ILAHI..

itu pasti !


~ILHAM~

ghurfati mahbub..

10.54 am, 8 July 2011


'' Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi dariNYA ''

MODE : sedang memasang azam untuk meninggikan 'beberapa perkara' Rabbi yusahhilni...

doakan kawan saya=) , jazakumullah khair

Wallahua'lam.

Thursday, May 26, 2011

Gambar : Dimana DIA ?



Melihat alam buat manusia teringat Allah..Dimana Allah dalam hatimu ? :)

Ya Allah, sa'idna.. ( Wahai Allah bantulah kami )

Sunday, October 10, 2010

Ukhuwwah fillah..= Aman+Bahagia

dalam hati saya ada cinta..

dalam hati saya ada rindu.....

Salam Aidil Adha buat semua..
( saya tulis post ini malam sebelum 'eid,
tak sempat habis..jadi sambung hari ini :) )
kullu 'am wa antum bilkhair..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Bijaksana, Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W atas kesabaran, atas kebijaksanaan , atas sikap tawadhuk sehingga pada hari ini kita bisa merasakan Iman dan Islam . Alhamdulillah wa syukurillah kerana dengan rahmat Allah, DIA masih mengekalkan kita dalam dua nikmat terbesar insani kepada kita pada hari ini.

Pada kala dunia pada hari ini sedang berkecamuk, Gunung Merapi mengeluarkan amarahNya, Tentera Israel sedang sibuk merancang untuk menganyang umat Islam di muka bumi ini.Masyarakat pada hari ini sedang ditransformasi, dari insan pengabdi ilahi, mejadi penyembah material duniawi.

Tatkala itu manusia seakan-akan melupai suatu hakikat. Hakikat yang merupakan suatu kenyataan yang dapat menarik kita dari terpesong, menngingatkan kita dari sikap menjadikan dunia sebagai sembahan. Hakikat ini membuatkan kita saling lengkap melengkapi, ingat mengingati. Dan jikalauhakikat ini diamalkan secara menyeluruh dalam hidup insan, mungkin tentera Israel akan terdiam kaku, amarah Gunung Merapi menjadi beku lantaran kedinginan, kesejukan sebuah hakikat indah, dunia bekecamuk akan menjadi AMAN dan BAHAGIA. Itulah hadiah istimewa dari ALLAH, itulah hakikat : Ukhuwwah Fillah.

Ukhuwwah Fillah ( hubungan kerana ALLAH ) merupakan suatu jaringan yang berpaksikan keimanan , dipasakkan dengan aqidah..paksi yakni tunjang/asas dan pasak adalah pengukuhan.Secara mudahnya jaringan hubungan yang
berasaskan keimanan kepada Allah S.A.W dan dikukuhkan lagi dengan kefahaman tauhid.

Ukhuwwah fillah ini hakikatnya terlalu luas konsepnya..disini saya kecilkan sedikit skopnya kepada ukhuwwah dengan kawan/teman/sahabat/sahibah.

Ukhuwwah adalah ruh yang dihidupkan oleh Allah dalam hati orang-orang beriman apabila ia kehendaki agar mereka dekat dan bersatu. Rahsia-rahsia ini lahir daripada hati-hati mereka apabila diizinkan Allah seperti firman Allah :

" Dan ( Dialah ) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala ( harta benda ) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan diantara ( hati ) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
( Al- Anfal : 63 )

Ukhuwwah merupakan nikmat suci yang menyinari hati, diredhai oleh Allah kerana ia dilandasi dengan keimanan. Nikmat ini akan benar dirasai jika kita jelas bersahabat kerana Allah. Sukar untuk saya gambarkan perasaan ini, hanya orang yang pernah melalui dapat merasainya. Walaupun pertama kali berjumpa, tidak memerlukan pengenalan atau pendahuluan kerana jiwa dan hati telah bertaut atas ikatan iman. Tiada istilah " Ish,kita malu nak cakap dengan si fulan/fulanah tu, kita bukan kenal dia pun.." Ini kerana jaringan rahsia ini seakan-akan menguasai hati orang mukmin yang tidak pernah berkenalan sebelumnya, ikatan ukhuwwah fillah ini amat hebat dan memberi kesan yangmendalam .

Ukhuwwah fillah ini hubungan manusia tahap first class, atas inti pati keimanan. Hubungan tanpa iman merupakan pertemuan kerana kepentingan sesuatu dan jika berbuat baik sekali pun hanya bertukar budi sahaja.

Hal ini juga akan menimbulkan perasaan cinta dan rindu kerana Allah kepada teman/sahibah/kawan. Macam bait-bait awal post saya :

Dalam hati saya ada cinta,

dalam hati saya ada rindu,

Perasaan itu sering bertamu..

bila cinta dan rindu kerana ALLAH itu bersatu.


Perasaan kasih kerana Allah ini bagi saya melahirkan rasa yang berbeza. Ukhuwwah mewujudkan sense of sharing ( rasa untuk berkongsi ) bukannya sense of belonging ( rasa untuk memiliki ). Biasanya sense of sharing ni ikut pemerhatian saya yang tak seberapa ni lebih kepada hubungan dengan kawan/teman/sahabat/sahibah, sense of belonging ni dengan suami-isteri, adik beradik, umi-abi/mama-papa/ibu-ayah/Tok-nenek dan keluarga.

Sense of belonging
Deria atau rasa yang hadir apabila mempunyai ikatan kukuh dan telah mengenali dalam proses yang lama. Contohnya, ini sebagai contoh sahaja ye..: saya ada ayah, kalau suatu ketika Allah ambil ayah saya... yang akan merinduinya lebih-lebih, menangisi pemergiannya lebih-lebih logiknya sayalah bukannya tipah anak Wak Jamil sebelah rumah atau Linggam A/L Mutu yang duduk kat hulu kampung,kan?

Sebabnya saya dah hidup/bergurau/bersembang dengan ayah saya belasan tahun, kenal, tahu tabiat baik dan buruk dan hubungan saya dengan ayah saya bukan universal seperti mana yang pernah saya cerita disini.Selain itu, dua syarat utama sense of belonging telah saya penuhi :
1. Ikatan kukuh
2. Kenal lama


Sense of Sharing
Deria untuk berkongsi ini hadir apabila kita mempunyai rasa selesa, percaya, dan pendek kata kita ada chemistry dengan orang tersebut, tapi orang tu kita tak kenal lama kalau kenal dah 10 tahun pun masih ada unsur-unsur universal. Tetapi harus diingat pakwe-makwe tak termasuk dalam sense of sharing yang saya kongsi ini ye.., sebab saya sedang berbicara mengenai sense of sharing because of ALLAH. Contoh hubungan ini ialah macam hubungan kita dengan kawan/teman/sahabat/sahibah.

Dan part inilah yang saya sentuh panjang lebar sebelum ini, dua insan atau lebih dari dua berjumpa, tiada ikatan kekeluargaan tetapi atas dasar keimanan mereka boleh duduk berkongsi rasa dan ketika atas kejelasan hubungan kerana Allah.Atas dasar inilah Allah menganugerahkan 'hadiah istimewa' untuk meraka yang berukhuwah Fillah
Rasulullah S.A.W bersabda :

" Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat sekelompok manusia yang bukannya para Anbiya', bukan juga golongansyuhada', tetapi mereka mendapat kedudukan yang berlumba-lumba dengan para syuhada' dan Anbiya'dan golongan lain di akhirat untuk mendapatkan kedudukan mereka di sisi Allah, kata mereka, Wahai Rasulullah! Ceritakanlah kepada kami tentang mereka, Sabda Rasulullah : Mereka adalah satu golongan yang berkasih sayang di atas jalan Allah SWT walaupun tiada hubungan kekeluargaan antara mereka dan bukan kerana harta benda yang dicurahkan. Demi Allah wajah-wajah mereka mereka mempunyai cahaya ...."

Pernah rasa hubungan seperti ini? saya berdoa moga ukhuwah yang saya bina selama ini kerana ALLAH dan tiada unsur lain..~amin. Saya sayang ukhuwwah fillah ini..: dengan dayah kamsani, athirah Zainazlan, Khatijah Badri, Izzah Shiro, ex-Srik 02, rakan-rakan Iltizam, Nusaibah Zahidah,Faseha, Sahibah YT,kawan2 PERSADA, kawan2MPMM, PALS, PERSIS,
P5 306 A ( Kak mariena.Ayuny,Laili,Mastura dan Ayuni ), \dan tidak dilupakan Kawan-kawan SMSU ( C ),
juga p7-1104-B ( Ukhti Wajihah, Faiqah, Jannah dan Hidayah). Semua mereka ini saya kasih dan cinta kerana Allah.

Namun, Ukhuwwah fillah ini juga punya ujian, kadang-kadang terasa/tercubit/terhantuk. Itu asam+garam+pahit+manis sebuah hubungan. Hubungan ini mendidik kita untuk berlapang dada, untuk menerima seadanya dan melengkapi sedayanya. Kita bahagia melihat kawan kita bahagia, kita sedih jika kawan kita sedih. Tapi, kita tak rasa dia milik kita, jadi kita positif dia nak kawan dengan mana-mana orang ( yang baikla, kalau jahat kita tegur ) kita tak kisah, sebab perkara apa pun ( yang baik-baik sahaja ye :) ) yang akan membahagiakan kawan kita akan buat kita bahagia.

" Sharing is loving, and loving is sharing"-BPTMFZ

Saya tafsirkan ayat-ayat cintun diatas sebagai kita : berkongsi kerana kita kasih, dan tanda kita kasih ialah kita akan berkongsi.Manis kan? Berbicara mengenai hubungan kerana Allah sememangnya menuntut saya untuk menghuraikannya dengan panjang lebar kerana ia berpaksikan ILLAH, sehingga kita merasakan kita ingin membawa mereka yang terlibat dalam hubungan ini menju ALLAH, Kita nak dia rasa bila dia susah..we'll be her/him crying shoulder..dan ...bila senang pun dia akan share dengan kita walaupun tak semua.

Ukhuwah fillah ini juga mempunyai peringkat, saya akan kongsikan nanti jika berkesempatan (doakan ya) Dan apabila kita mencapai ukhuwwah fillah di peringkat yang tertinggi, kita akan ada satu rasa... kasih dia, cinta dia, sayang dia..kita tak mahu dia terlarut dengan perkara tak baik...pendek kata hubungan ini mahu kita teruskan sampai SYURGA..

dan adalah satu kepelikan ( betul ke perkataan ni DBP? ) yang hakiki bagi saya jika manusia mengatakan mereka berukhuwwah kerana Allah tetapi tidak mahu kawannya bahagia.Maksud saya dia cemburu bila kawannya ada kawan lain...sebab apa pelik? kerana rasa cemburu hanya muncul dalam sense of belonging, eg: saya ada kakak, tapi kakak saya ada adik angkat, cemburula juga "tak cukup ke saya ni jadi adik dia" kata hati saya ;) ...tapi bila kita faham pada kefahaman islam rasa itu boleh diproses. Tapi itu fitrah merasa cemburu dalam sense of belonging, Allah dah cipta kakak saya untuk saya..kenal dia dari kecil sampai besar.

Sense of sharing ini satu dimensi yang sangat berbeza, contoh kita ada kawan baik...kita rasa nak kongsi dengan siapa-siapa pun kawan baik kita ni. Deria untuk berkongsi ini...dah nama pun kongsi. Jika kawan lain bertanya pada kita tentang dia kita hanya akan cerita yang baik-baik sahaja tentang dia, yang tak baik kita hanya cerita pada orang yang kita thiqah ( percaya ) untuk mencari solusi sahaja. Kita tak bersahabat dengan kawan kita kerana kelebihan dia, sebab kalau itulah yang menjadi sandaran persahabatan, kita akan kecewa apabila melihat kelemahan dia...dan bukan juga atas sebab-sebab lain kerana sudahnya kita jua akan kecewa. TETAPI, persahabatan itu terjalin because of ALLAH. Saya ulang : Kerana ALLAH, LILLAHITA'ALA. Tiada unsur lain...TIADA!

kalaulah masih ada unsur sense of belonging dalam Ukhuwwah Fillah anda, maka saya syorkan kamu membaca ini..ingat kawan dan yang sewaktu dengannya bukan suami kita sehingga kita rasa sedih bila dia berkasih dengan orang lain..( ^ - ^ )

Dan ingat juga, terima seadanya dan lengkapi sedayanya. Ada banyak kisah yang boleh saya ambil contoh dalam alam realiti saya mengenai hal ini. Saya ambil contoh seorang Ukhti Kabir yang sebilik dengan saya..bagi kembang sedikit dia :). Nama dia Ukhti Nurul Wajihah binti Azizan, seorang yang sangat berhati-hati dalam ukhuwwah..dan saya tahu dia ada seorang kawan baik Ukhti Kabir : Ukhti Nur Hanisah Zakaria. Dua-dua insan ini memang banyak muhasabah saya...terima kasih Allah.

Ukhti Wajihah ini sepanjang saya kenal dia, kalau orang itu benar-benar dia berukhuwwah lillah tak pernah sekali pun dia cerita keburukan kawan dia, tak pernah..tak pernah, not even one's. Sebab dia faham konsep, ini UKHUWWAH FILLAH..hubungan kerana Allah dan satu hari apabila kita balik jumpa Allah kita akan persembahkan hubungan ini.

Ukhuwwah fillah,
kalau semua faham konsep..
pergilah air mata,
ia takkan mengalir,
kerana sedih..
hanya tangis gembira dan tangisan keredhaan..

Ukhuwwah fillah,
kalau semua faham konsep..
Iblis terdiam kaku,
Syaitan durjana menjadi beku,
nafsu mulai lesu,


OIC bersatu,
Rakusan tangan-tangan Israel kaku,
PBB terpaksa tunduk dan akur,
lantaran majoriti penduduk dunia..
penduduk dunia..penduduk dunia yang majoritinya ISLAM!

telah menyedari : Ukhuwwah Fillah..= Aman+Bahagia


Wallahu'alam, Moga Allah kasih.

Thursday, October 7, 2010

Masa vs. Minda/ Masa = Minda

Assalamualaikum Wr wbt. Dengan Nama Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih lagi Maha Pemurah...selawat dan salam buat rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W . Selaut kasih buat blog ini yang telah sekian lama menyepi..

Semoga kita semua di dalam limpah rahmat Allah selalu,

Semalam ada seseorang menegur saya : " Kalau ada blog, kemudian 2-3 bulan sekali baru nak update baik tak payah ada, kongsilah something "

saya terkelu..saya bukan 2-3 bulan, dah 6 bulan dah... MasyaAllah...
sebenarnya saya sedar apabila saya buat blog dengan ghoyah kerana Allah, maka blog ini perlu saya masukkan dalam senarai tanggunjawab saya..
walaupun saya tak pandai nak menulis macam orang lain, saya tak pandai ayat bunga-bunga ni :), dan salah satu sebab saya cuba menulis ialah kerana saya suka membaca, dan suatu hari ketika membaca ada satu kata-kata yang buat saya terfikir : " Kita tidak semestinya memerlukan bakat untuk memulakan sesuatu, tetapi kita perlukan minat... dan bakat akan datang sesudah itu."

Saya suka dan senang dapat menulis dengan JIWA,
saya suka baca blog orang..blog kawan-kawan saya...
saya rasa saya tak sampai tahap ulat buku..

tapi saya suka pergi perpustakaan, kedai buku, beli buku, tengok buku, baca buku, bau buku... :)
BUKU banyak ajar saya tentang MASA, bagaimana nak urus, bagaimana nak bagi berkualiti...

"Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam k
erugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar."
(103:1-3)

dan juga mengajar saya tentang MINDA, berkait rapat dengan akal sebab buku memang membina jiwa pemikir..

Buku ke? taklah baca sebenarnya.. BACA.. :)



" Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."
(QS Al-Alaq, 96:1)

Ya, memang membaca membina jiwa pemikir,
dan seseorang yang mempunyai jiwa pemikir akan bijak mengurus MASA ye..
kerana pemikir itu tahu menggunakan dan menguasai MINDA,

sebenarnya, saya ada juga tulis beberapa post untuk diletak dalam blog...tapi bila baca post tu balik saya tak jadi nak publish ..saya rasa tak kuat, dan saya tak mampu menguatkan orang lain...

baru sebentar tadi, seorang adik 'cumel' yang saya kasih mengingatkan :
" Kalau kita nak tunggu sampai kita kuat, baru kita nak berbakti pada Islam, sampai bila pun kita takkan membantu "

saya? saya hanya mampu mengangguk tanda setuju..

semuanya berkait rapat dengan Masa dan Minda yang Allah anugerahkan pada kita hasil dar manifestasi IMAN,Iman memang ada naik dan turun, namun sejauh mana kita berusaha untuk dia naik atau setidak-tidaknya untuk maintain?

Soalan itu untuk saya, dan mungkin juga untuk sesiapa sahaja ..mari bermuhasabah..

Hasil dari manifestasi IMAN..MASA atau MASAlah akan dapat diselesaikan dengan MINDA biiznillah..

Minda kawal Masa ?
Masa vs. Minda ?

bagi saya..Masa/ MasaLAH = Minda
Masa/Masalah perlu seiring dengan Minda sebab ia membina PEMIKIR...

doakan, Wallahu'alam...
Moga Allah kasih..