Thursday, June 25, 2009

Ghoyatullah..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang ,yang menciptakan langit dan bumi,yang menjadikan siang dan malam dan selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W penghulu umat manusia ,seorang rasul yang sangat mengambil berat tentang umatnya hingga di hujung hayatnya..

“ Seorang mukmin apabila berbuat sesuatu pasti melakukannya kerana Allah, dan setiap perbuatan mereka adalah ghoyatullah (matlamat kerana Allah)”

Kata-kata ini saya dengar dari seorang makcik dalam satu majlis ilmu yang sangat menyentuh hati..
Ghoyah merupakan perkataan arab yang bermaksud matlamat ,Ghoyatullah pula bermaksud bermatlamatkan Allah


Matlamat diri saya dalam membuat blog ini…….
Keinginan untuk mempunyai blog sendiri telah lama terbit dalam diri, sejak dari selepas spm lagi..
Namun kata seorang kakak membuatkan diri ini memuhasabah diri.

“ Kakak tengok ramai yang buat blog dalam keadaan tidak jelas matlamat. Yakni tidak kerana Allah.,apabila perbuatan tidak keranaNya maka ramai buat blog cerita pasal kelebihan diri, cerita kesalahan orang lain dan pendapat mengenai keburukan orang lain dan cerita yang ditulis bukan untuk pengajaran”.


“Bukanlah tidak wujud blog yang jelas matlamat nya kerana Allah”,kakak itu menyambung lagi..
“ Ada ,tetapi sangat kecil bilangannya…Kakak tak kisah kalau adik-adik nak buat blog tetapi ghoyah kena jelas,ghoyatullah..

Saat saya semak diri saya , timbul persoalan dalam diri..

“ Kenapa nak buat blog ye?” , saya bertanya sendiri..
Pelbagai jawapan muncul dari benak saya , sebab orang lain ada blog,saje..nak kongsi-kongsi benda berfaedah..namun akhirnya saya menemui jawapannya bahawa kejelasan ghoyatullah masih belum wujud dalam diri..

Saya mula mempersoalkan ,kenapa orang lain ada blog kita pun nak ada? Kenapa nak kongsi benda-benda berfaedah ?

Lalu saya mula mencari kekuatan,pengetahuan agar kejelasan melakukan setiap perkara kerana Allah.
BLOG ADALAH DAKWAH, coretannya bukan coretan biasa..setiap yang membacanya akan mendapat faedah yang bemanfaat, dakwah yang berkonsepkan da’ie ilallah (mengajak kepada Allah) bukan kepada diri atau mana-mana kumpulan.

Seorang kakak yang menjadi qudwah pada diri saya pernah berkongsi kata-kata dari seminar yang diikutinya iaitu:
Seorang daie mengajak dan menyeru dengan hati yang jernih,bukan dengan lisan yang fasih”

Maka jika di dalam arena blog ini , saya simpulkan daie yang mengajak kepada Allah mengajak dengan hati yang jernih,suci bersih ..dan dengan rendah hati , dan bukan dengan bunga bahasa yang disusun indah atau dengan ayat-ayat yang bombastik tetapi GHOYATULLAH ,kerana mengajak kepada ALLAH ,untuk memperjelas kefahaman tentang islam dan mengajak yang tidak faham tentang deen yang satu ini .

Mafhum Al-quran.: oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang Yang mengikutku". dan Bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberi kitab, dan orang-orang Yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam Yang Aku bawa itu)?" kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka Sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.

Ini adalah entri pertama saya dalam blog ini , segala kekurangan adalah sememangnya dari saya dan segala kebaikan adalah dari Allah Rabbul Alamin.Segala Puji bagi Allah… hajat pada teguran..
There was an error in this gadget