Wednesday, April 14, 2010

Ujian itu MEMBAHAGIAKAN apabila...



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Pengampun, Hanya Allah yang layak disembah dan hanya pada-Nya kita menyembah.Selawat dan salam buat Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W dengan ucapan "Allahumma solli 'ala Muhammad" .

Dah lama rasanya tak menulis di blog ini..

( memang dah lama pun ;) )

Jari saya seakan-akan berat menari diatas Keyboard

ada ujian Allah yang saya pendam..

Bukan tak mahu berkongsi atau meluahkan,

Tetapi pengalaman masa lalu buat saya lebih senang ..

Lebih senang..

Senang berkongsi hanya dengan Allah,.

Bukankah kita telah berjanji hanya DIA tempat mengadu masalah ?

“ Engkau sahajalah ( Ya Allah ) kami sembah dan kami mohon pertolongan "

(Al-Fatihah 1:5 )

Seorang kawan saya pernah memberitahu, “ awak perasan tak, kita selalu share masalah dengan awak, cerita-cerita gembira pun kita share dengan awak..tapi awak jarang kongsi cerita awak..kalau ada pun surfacesangat..”

Ketika saya dalam fatrah tamhidiah di KUIS, semua mahasiswa Asasi dimasukkan dalam satu kumpulan terdiri dari 6 hingga 7 orang . Setiap kumpulan mempunyai seorang Kaunselor yang mana akan memberikan kami nasihat-nasihat dari sudut kaunseling, aktiviti-aktiviti dan sebagainya.

Kaunselor saya namanya Saleha, she love us to call her Kak Saleha, I enjoy doing all the activities even though I’m a bit quite in my group because there is two male in my group, so that I cannot stand out myself even after the third conversation, but I think I’m doing great :), di sesi terakhir perjumpaan kumpulan saya bersama Kak Saleha, she said something to me : “ Zahra, keep up your good attitude, but sometimes you should share your burden so that it can be lighten my dear ..”

Tak salah sebenarnya berkongsi masalah, terutama dengan orang yang kita thiqah ( percaya ) Cuma diri ini yang bermasalah untuk berkongsi masalah, kerana ia sering mengundang serba salah…

Ia bermula dari pengakhiran semester 1..

6 bulan saya

tidak menulis, sedangkan saban minggu saya buka blog saya,..

Saya baca semula artikel pertama yang saya tulis di blog ini..

Dan juga artikel terakhir sebelum saya mendiamkan diri..

1 bulan cuti , kemudian saya melalui semester 2 saya sehingga cuti semula kini..

Saya ingat semester 2 yang saya lalui dengan penuh jerih dan payah..saya bergelut dengan pelbagai mehnah dan tribulasi , ujian dari Allah yang harus saya tempuhi..dengan kelas yang agak pack , semester 2 peringkat Ijazah Sarjana Muda undang-undang memberi cabaran baru bagi saya, saya rombak beberapa kali pengurusan masa saya..kelas penuh setiap hari tetapi hari selasa dan khamis kelas penuh sampai pukul 6.00, solat di Masjid Al-Azhar KUIS sehingga 6.30 dan kemudian berkejar menyampaikan perkongsian dalam Halaqah Cinta-Nya…

Saya cukup rasa bersalah, saban hari saya berdoa “ Ya Allah jangan kau hijab hati mad’u ku untuk mendapat hidayah lantaran dosa-dosaku..setiap kali membuat persediaaan untukmemberi perkongsian , hati dipagut keresahan …sungguh saya terlalu kerdil dan ingatan selalu menggamit Ukhti Kabir -Ukhti Nur Hanisah Zakaria di KTD yang banyak memuhasabah diri ini..

Setiap kali memulakan perkongsian..saya rasa takut..mengungkap bait-bait Tarbiah, kerana tarbiah itu sangat halus penyampaiannya tetapi ia CEPAT dan TIDAK LESU..Ya Allah ampunkan dosa hamba-MU ini..

Hari-hari yang saya lalui..

Phone call : “ Laporan YT nanti hantar kat email …….. ye ”

Mesej PERSADA : “ Saya dah pas belanjawan pada ……, pasal program hari tu untuk beri pada anti, anti checkye ..”

Mesej YT : “ Macam mana penceramah yang anti cari tu , dah arrange dengan dia ?

Mesej YT once again : “ Hujung minggu ni meeting akan diadakan ….. ”

Saya menjadi kurang fokus, saya fikir banyak perkara dalam satu masa..tengah buat kerja A , teringat pula kerja B, dah siap A dan B pula esoknya pensyarah bagi kerja C,D,E,F,G. Tak sempat tarik nafas syukur dapat kerja banyak dari Allah melalui pensyarah :) , kawan saya call : “ Ustaz Fulan nak jumpa dengan awak dan si fulan dengan si fulanah, dia nak minta awak turut serta dalam….”

“ Ustaz, maaf bagi orang lainlah…saya tak boleh” kata saya perlahan “ Saya kenal awak sebagai orang yang suka buat perkara yang terbaik dalam setiap perkara..,sebab tu saya pilih awak ”.

Saya mendapat mesej dari En. S : “ Malam ni ada ustaz nak datang bilik adik histeria tempoh hari, dia nak ‘bersihkan’ , harap anti boleh turun ..” Usai membalas..

Saya menarik nafas..istighfar diratib dalam hati..saya mendapat call lagi , : “ Awak ada pertandingan pidato, saringan 25 Julai ..nak join x ?

Alahai..bidang pengucapan awam adalah bidang yang saya sangat minati, saya pernah mengakuinya di sini, saya memang takkan tolak, terpilih masuk final atau tidak itu bukan perkara utama, saya memang minat jiddanbidang ni kerana Allah.Tengah sibuk-sibuk macam tu saya ke JPM ( Jabatan Pembangunan Mahasiswa , di IPT lain biasanya dipanggil HEP ) untuk mengisi borang penyertaan..saya memang cari nahas ( ^_^ ) wink!

Ya Allah, la haula wala quwwata illa billah.

Ditengah kesibukan , saya senang hati jika mendapat mesej atau call berkenaan YT ( Singkatan saya bagi perkara Yang Terutama perlu saya utamakan seiring dengan akademik di kampus )

- “ Esok petang free x? ana nak share something dengan anti.. ”

-“ Akak, esok ……… macam biasa ke?”

-“ Aslm , …….. nak jumpa anti boleh rabu ni, ……. ambil.. ada perkara perlu dibincangkan, kita perlu melaksanakannya sesuai dengan ajaran Rasulullah, bermula dengan diri, keluarga, kemudian baru boleh ke masyarakat, If tak ikut flow atau lompat-lompat ia akan pincang..

-Tit..tit , one message received : “ Pemuda yang paling disukai Allah ialah mereka yang sibuk dengan urusan deen ” (Amru Khalid)

Benar kata seorang sahibah, apabila kita melakukan sesuatu perkara yang mana kita meyakini ianya akan banyak mendekatkan diri kita kepada Allah, semangat kita akan berkobar-kobar , dan jiwa akan menjadi tenang .

Malamnya pula saya uruskan dan buat segala kerja ..di penghujung hari air mata menitis , hanya Allah menjadi saksi , Ya Allah mengapa ujian ini terasa berat sekali..Jiwa saya ..kemana ia pergi???

Jiwa saya…kena sorok dalam almari!! Saya bermonolog kecil, sekadar menghiburkan hati..

Saya memetia setiap perkara yang belaku..mampukah saya mengharunginya..

“ Saya kenal awak sebagai orang yang suka buat perkara yang TERBAIK dalam setiap perkara..,sebab tu saya pilih awak ”.

Mampukah TERBAIK jika kita tak fokus ?

Apa guna terbaik di hadapan manusia, tetapi dia hadapan Allah tersungkur hiba..

YT banyak yang perlu dirombak..perencanaannya disusun semula, mampukah saya buat TERBAIK..

Air mata tumpah lagi..Allah hadirkan ketenangan yang menyusup ke segenap sanubari, dan mengalir ke relung-relung hati..doa dipanjatkan tanpa henti,

“ Sesungguhnya Tuhanmu sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya”

( Surah Hud 11:61 )

Rabbuna Yusahhil (Ya tuhan kami , mudahkanlah ..) saya ratib perlahan. Saya melipat telekung dan sejadah dan kemudian menyimpannya di dalam almari, saya bergerak melihat wajah-wajah sahibah saya ketika tidur . Suci, solehah..mereka sendiri telah Allah kurniakan ujian bagi meningkatkan iman, saya risau jika saya berkongsi ia akan memberatkan mereka..

“ Awak, kite teringin nak bahagiakan awak , awak selalu tolong kite, bagi kite macam-macam..kite rasa macam menyusahkan awak je , bila pula awak nak susahkan kite..kite nak bahagiakan awak pula..” seorang kawan saya pernah berkata.

Saya senyum,Awak tahu, tanpa kite sedar kite pun dah banyak susahkan orang ,tu belum lagi kita minta tolong orang, lagi susah orang tu nanti..” bukan tujuan saya menjawab begitu seolah-olah saya tidak pernah menyusahkan orang lain, cuma saya memang mengelak dan berusaha untuk tidak menyusahkan orang .

Saya menambah lagi, “ BAHAGIA bagi kite bila kita tengok orang bahagia..awak bahagia,dan bahagia bagi kite bila kite tak menyusahkan orang..,bila orang rasa kite tak menyusahkan.. BAHAGIA bila kongsi rasa dan ketika hanya dengan Allah…”saya diam , sungguh sahabatku awak sedang membahagiakan kite, saya bermonolog dalaman..


HARI INI, Alhamdulillah ..

Oh Thank You Allah..

Segalanya SELESAI…

saya sedang meniti gapaian kemenangan dalam mendepani ujian ini..tetapi belum betul-betul lagi..cuma dah ada ‘ booster ’ bagi menggapai piala kemenangan dari Allah ni, saya hajat DOA..Jazakumullahkhayran kathira kepada Allah pemilik sekalian alam, selawat buat Nabi Allah Muhammad S.A.W dan mereka yang menyokong dan mengambil berat..

Di mana bahagia ?? di hati..

hati milik siapa ??

ALLAH bukan ?

kalau kita rasa lemah, ada masalah, iman tahap kritikal, sakit jiwa.. dekat siapa ye kita nak mengadu??? :)

Ujian yang berat, kekalutan, masalah, serabut, sibuk..mengadulah pada-NYA , Dia Maha Mendengar, Maha Memperkenankan…sungguh ujian itu benar-benar membahagiakan apabila ada DIA. . .

Tapi harus diingat Allah atau Islam bukan sandaran apabila kita susah semata-mata, tapi bila-bila..bila senang pun jangan dilupa DIA..

Dia lah penunjuk jalan, menuju punca masalah kita, sebab segala sesuatu itu ada x-factornya , satu titik permulaan masalah yang merungkai penyelesaian . Sekali lagi :

“ Ujian itu membahagiakan apabila ada ALLAH ”

Dan gapaian piala kemenangan sedang menanti..Tahu tak ? saya telah melalui akhir semester 1 cuti, semester 2, cuti lagi bersama kasih sayang Allah yang buat saya rasa bahagia sekali..pesanan umi saya melintas di fikiran : “ Jangan pernah putus asa atas rahmat dan kasih sayang Allah, pasti ada hikmah yang tak tersingkap nilainya ”

Maher Zain mode :

…Never lose hope,

Coz Allah is always by your side..Insya Allah4x ..

you'll find your way..