Sunday, March 14, 2010

Menulis dengan JIWA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Setinggi –tinggi rasa syukur saya rafa’kan kehadrat ilahi.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Rasa syukur pada ALLAH tidak hanya dilafaz tapi dibuktikaan dengan amalan zahir.Tiadalah kekuatan itu melainkan dari Allah rabbul jalil.

Lama sudah saya tak update blog ini, ada hal yang perlu saya utamakan , banyak yang akan saya coretkan agar ia menjadi panduan diri saya dimasa hadapan..takut lupa ilmu,takut lupa diri, Nauzubillah.. Moga ia menjadi perkongsian yang bermanfaat . Saya pernah kongsikan kata-kata seorang kakak kepada saya pada post pertama (Ghoyatullah ) saya dalam blog ini bahawa :

“ Seorang daie mengajak manusia dengan hati yang bersih ”

….blog adalah dakwah, catatannya adalah catatan yang berfaedah ..

kerana seorang mukmin tidak pernah melakukan sesuatu dengan sia-sia , apabila ditanya contohnya :

“Tengah buat apa ?”

Mukmin tidak akan pernah menjawab: “ Tak buat apa , tengah duduk-duduk saja..” Tiada istilah ‘saja-saja’ dalam kamus hidup seorang mukmin . Duduk,baring,tidur dan sebagainya adalah untuk ISLAM, kerehatannya adalah untuk mengecas tenaga untuk meneruskan DAKWAH kerana matlamatnya adalah ALLAH.

Dalam satu penyampaian di KUIS ,bertajuk “Dilema masyarakat dalam perjuangan Ummah” di sampaikan oleh Dr.Azizan bin Ahmad menyebut :

“ Seorang mukmin perlu proses dirinya,sehingga dirinya menjadi objek dakwah, orang tengok dia cakap,dia jalan ,dia makan..atau apa sahaja mereka teringat ALLAH, kerana apa? Ia membawa imej islam dalam setiap amalnya..

Banyak yang saya nak kongsi dan tulis dalam blog ini,banyak yang nak saya buat, add gadget , follow blog lain dan pelbagai lagi ..tetapi setiap kali saya nak tulis,saya rasa macam tawazzun ke dengan benda lain??Bagaimana hubungan dengan ALLAH?? YT ( singkatan saya bagi kerja-kerja Yang Terutama ) lebih diutamakan ke? Kenapa nak update? Kerana ALLAH?

Menulis kerana ALLAH akan membuat insan menulis dengan JIWA, terus dan langsung dari sanubari dan itulah yang dilakukan oleh ulama’ terdahulu yang sangat menitikberatkan kejelasan matlamat kerana Allah setiap kali melakukan sesuatu perkara.Mereka juga mementingkan keikhlasan niat dalam melakukan sesuatu, Ini dibuktikan oleh Dr.Aidh Al-Qarni dalam buku Kunci Kejayaan Minda yang menyebut Imam Bukhari,periwayat hadis yang sangat masyhur meneliti kitab sahihnya selama 16 tahun,SETIAP HADIS yang ditulisnya dimulakan dengan mandi dan solat sunat dua rakaat.

Dan itulah yang membawa saya untuk mempertingakatkan ruang lingkup pembacaan, baik buku mahupun blog-blog yang membangun jiwa dan Ya Allah disitu saya temui bahawa indahnya berkongsi apa yang kita tahu dan peroleh..dan berkongsilah dengan rendah hati ,tidak bermakna banyakny perkongsian itu menyebabkan tertingkatnya darjat kita disisi Allah..

Hati-hatilah menjaga hati ,kata Imam Ghazali hati itu umpama cemin,jika cermin itu bersih maka akan terlihat jerawat,berminyak,bintik hitam dan etc. pada wajah dan diri kita,maka kita akan segera membersihkannya tetapi jika hati kotor tak nampak segala kekurangan pada diri maka manusia akan hilang rasa malu .

Seorang ulama’ pernah menyebut : “ Bakat bukan dicari , bukan dinanti..cuba menghasilkan karya walaupun anda tidak berbakat..Anda boleh bercakap,mengapa tidak menterjemahkannnya dalam bentuk penulisan”

Saya kagum pada mereka yang mampu menulis seiring dengan amalnya,menulis apa yang diperbuat ,jika perkara itu tidak mereka buat..maka mereka sama-sama bermuhasabah..

Moga ALLAH memudahkan urusan kita semua..

Moga ALLAH bantu kita tawwazun dalam semua perkara

Ya Allah bantu kami..

Dekat pada cintamu..

Khusyu’ dan sistematik dalam semua perkara..

Aminn..



There was an error in this gadget