Thursday, October 7, 2010

Masa vs. Minda/ Masa = Minda

Assalamualaikum Wr wbt. Dengan Nama Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih lagi Maha Pemurah...selawat dan salam buat rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W . Selaut kasih buat blog ini yang telah sekian lama menyepi..

Semoga kita semua di dalam limpah rahmat Allah selalu,

Semalam ada seseorang menegur saya : " Kalau ada blog, kemudian 2-3 bulan sekali baru nak update baik tak payah ada, kongsilah something "

saya terkelu..saya bukan 2-3 bulan, dah 6 bulan dah... MasyaAllah...
sebenarnya saya sedar apabila saya buat blog dengan ghoyah kerana Allah, maka blog ini perlu saya masukkan dalam senarai tanggunjawab saya..
walaupun saya tak pandai nak menulis macam orang lain, saya tak pandai ayat bunga-bunga ni :), dan salah satu sebab saya cuba menulis ialah kerana saya suka membaca, dan suatu hari ketika membaca ada satu kata-kata yang buat saya terfikir : " Kita tidak semestinya memerlukan bakat untuk memulakan sesuatu, tetapi kita perlukan minat... dan bakat akan datang sesudah itu."

Saya suka dan senang dapat menulis dengan JIWA,
saya suka baca blog orang..blog kawan-kawan saya...
saya rasa saya tak sampai tahap ulat buku..

tapi saya suka pergi perpustakaan, kedai buku, beli buku, tengok buku, baca buku, bau buku... :)
BUKU banyak ajar saya tentang MASA, bagaimana nak urus, bagaimana nak bagi berkualiti...

"Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam k
erugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar."
(103:1-3)

dan juga mengajar saya tentang MINDA, berkait rapat dengan akal sebab buku memang membina jiwa pemikir..

Buku ke? taklah baca sebenarnya.. BACA.. :)



" Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."
(QS Al-Alaq, 96:1)

Ya, memang membaca membina jiwa pemikir,
dan seseorang yang mempunyai jiwa pemikir akan bijak mengurus MASA ye..
kerana pemikir itu tahu menggunakan dan menguasai MINDA,

sebenarnya, saya ada juga tulis beberapa post untuk diletak dalam blog...tapi bila baca post tu balik saya tak jadi nak publish ..saya rasa tak kuat, dan saya tak mampu menguatkan orang lain...

baru sebentar tadi, seorang adik 'cumel' yang saya kasih mengingatkan :
" Kalau kita nak tunggu sampai kita kuat, baru kita nak berbakti pada Islam, sampai bila pun kita takkan membantu "

saya? saya hanya mampu mengangguk tanda setuju..

semuanya berkait rapat dengan Masa dan Minda yang Allah anugerahkan pada kita hasil dar manifestasi IMAN,Iman memang ada naik dan turun, namun sejauh mana kita berusaha untuk dia naik atau setidak-tidaknya untuk maintain?

Soalan itu untuk saya, dan mungkin juga untuk sesiapa sahaja ..mari bermuhasabah..

Hasil dari manifestasi IMAN..MASA atau MASAlah akan dapat diselesaikan dengan MINDA biiznillah..

Minda kawal Masa ?
Masa vs. Minda ?

bagi saya..Masa/ MasaLAH = Minda
Masa/Masalah perlu seiring dengan Minda sebab ia membina PEMIKIR...

doakan, Wallahu'alam...
Moga Allah kasih..



2 comments:

  1. Menulis itu dengan hati. hmm...
    Insyallah, semua org boleh kalau dia mahu. Mungkin tidak kuat kemahuan sahaja.
    Kekurangan dan persepsi org ttg penulisan kita, no. 2
    Ia tidak akan memudaratkan apa...

    saya jenis tak mampu cakap banyak, tapi saudari ada kelebihan tu. Jadi, x sepatutnya ada masalah.

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  2. @IBRAHIM ARCH3X
    Jazakallahkhair,subhanallah teguran membina untuk diri ini yang sangat kerdil.

    ingin sekali..
    seperti itu lagi..
    Menulis dari HATI..

    biar jari bisa menari..
    lalu menerobos hati..

    HATI..
    perlu ada hbungan dengan illahi..
    menulis dgn hati, kerana ILAHI..
    itu KUNCI.

    Ya Allah terima kasih atas ingatan ini..aku perlu perbaiki hubungan dengan-MU..

    ReplyDelete