Sunday, October 10, 2010

Ukhuwwah fillah..= Aman+Bahagia

dalam hati saya ada cinta..

dalam hati saya ada rindu.....

Salam Aidil Adha buat semua..
( saya tulis post ini malam sebelum 'eid,
tak sempat habis..jadi sambung hari ini :) )
kullu 'am wa antum bilkhair..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Bijaksana, Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W atas kesabaran, atas kebijaksanaan , atas sikap tawadhuk sehingga pada hari ini kita bisa merasakan Iman dan Islam . Alhamdulillah wa syukurillah kerana dengan rahmat Allah, DIA masih mengekalkan kita dalam dua nikmat terbesar insani kepada kita pada hari ini.

Pada kala dunia pada hari ini sedang berkecamuk, Gunung Merapi mengeluarkan amarahNya, Tentera Israel sedang sibuk merancang untuk menganyang umat Islam di muka bumi ini.Masyarakat pada hari ini sedang ditransformasi, dari insan pengabdi ilahi, mejadi penyembah material duniawi.

Tatkala itu manusia seakan-akan melupai suatu hakikat. Hakikat yang merupakan suatu kenyataan yang dapat menarik kita dari terpesong, menngingatkan kita dari sikap menjadikan dunia sebagai sembahan. Hakikat ini membuatkan kita saling lengkap melengkapi, ingat mengingati. Dan jikalauhakikat ini diamalkan secara menyeluruh dalam hidup insan, mungkin tentera Israel akan terdiam kaku, amarah Gunung Merapi menjadi beku lantaran kedinginan, kesejukan sebuah hakikat indah, dunia bekecamuk akan menjadi AMAN dan BAHAGIA. Itulah hadiah istimewa dari ALLAH, itulah hakikat : Ukhuwwah Fillah.

Ukhuwwah Fillah ( hubungan kerana ALLAH ) merupakan suatu jaringan yang berpaksikan keimanan , dipasakkan dengan aqidah..paksi yakni tunjang/asas dan pasak adalah pengukuhan.Secara mudahnya jaringan hubungan yang
berasaskan keimanan kepada Allah S.A.W dan dikukuhkan lagi dengan kefahaman tauhid.

Ukhuwwah fillah ini hakikatnya terlalu luas konsepnya..disini saya kecilkan sedikit skopnya kepada ukhuwwah dengan kawan/teman/sahabat/sahibah.

Ukhuwwah adalah ruh yang dihidupkan oleh Allah dalam hati orang-orang beriman apabila ia kehendaki agar mereka dekat dan bersatu. Rahsia-rahsia ini lahir daripada hati-hati mereka apabila diizinkan Allah seperti firman Allah :

" Dan ( Dialah ) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala ( harta benda ) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan diantara ( hati ) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
( Al- Anfal : 63 )

Ukhuwwah merupakan nikmat suci yang menyinari hati, diredhai oleh Allah kerana ia dilandasi dengan keimanan. Nikmat ini akan benar dirasai jika kita jelas bersahabat kerana Allah. Sukar untuk saya gambarkan perasaan ini, hanya orang yang pernah melalui dapat merasainya. Walaupun pertama kali berjumpa, tidak memerlukan pengenalan atau pendahuluan kerana jiwa dan hati telah bertaut atas ikatan iman. Tiada istilah " Ish,kita malu nak cakap dengan si fulan/fulanah tu, kita bukan kenal dia pun.." Ini kerana jaringan rahsia ini seakan-akan menguasai hati orang mukmin yang tidak pernah berkenalan sebelumnya, ikatan ukhuwwah fillah ini amat hebat dan memberi kesan yangmendalam .

Ukhuwwah fillah ini hubungan manusia tahap first class, atas inti pati keimanan. Hubungan tanpa iman merupakan pertemuan kerana kepentingan sesuatu dan jika berbuat baik sekali pun hanya bertukar budi sahaja.

Hal ini juga akan menimbulkan perasaan cinta dan rindu kerana Allah kepada teman/sahibah/kawan. Macam bait-bait awal post saya :

Dalam hati saya ada cinta,

dalam hati saya ada rindu,

Perasaan itu sering bertamu..

bila cinta dan rindu kerana ALLAH itu bersatu.


Perasaan kasih kerana Allah ini bagi saya melahirkan rasa yang berbeza. Ukhuwwah mewujudkan sense of sharing ( rasa untuk berkongsi ) bukannya sense of belonging ( rasa untuk memiliki ). Biasanya sense of sharing ni ikut pemerhatian saya yang tak seberapa ni lebih kepada hubungan dengan kawan/teman/sahabat/sahibah, sense of belonging ni dengan suami-isteri, adik beradik, umi-abi/mama-papa/ibu-ayah/Tok-nenek dan keluarga.

Sense of belonging
Deria atau rasa yang hadir apabila mempunyai ikatan kukuh dan telah mengenali dalam proses yang lama. Contohnya, ini sebagai contoh sahaja ye..: saya ada ayah, kalau suatu ketika Allah ambil ayah saya... yang akan merinduinya lebih-lebih, menangisi pemergiannya lebih-lebih logiknya sayalah bukannya tipah anak Wak Jamil sebelah rumah atau Linggam A/L Mutu yang duduk kat hulu kampung,kan?

Sebabnya saya dah hidup/bergurau/bersembang dengan ayah saya belasan tahun, kenal, tahu tabiat baik dan buruk dan hubungan saya dengan ayah saya bukan universal seperti mana yang pernah saya cerita disini.Selain itu, dua syarat utama sense of belonging telah saya penuhi :
1. Ikatan kukuh
2. Kenal lama


Sense of Sharing
Deria untuk berkongsi ini hadir apabila kita mempunyai rasa selesa, percaya, dan pendek kata kita ada chemistry dengan orang tersebut, tapi orang tu kita tak kenal lama kalau kenal dah 10 tahun pun masih ada unsur-unsur universal. Tetapi harus diingat pakwe-makwe tak termasuk dalam sense of sharing yang saya kongsi ini ye.., sebab saya sedang berbicara mengenai sense of sharing because of ALLAH. Contoh hubungan ini ialah macam hubungan kita dengan kawan/teman/sahabat/sahibah.

Dan part inilah yang saya sentuh panjang lebar sebelum ini, dua insan atau lebih dari dua berjumpa, tiada ikatan kekeluargaan tetapi atas dasar keimanan mereka boleh duduk berkongsi rasa dan ketika atas kejelasan hubungan kerana Allah.Atas dasar inilah Allah menganugerahkan 'hadiah istimewa' untuk meraka yang berukhuwah Fillah
Rasulullah S.A.W bersabda :

" Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat sekelompok manusia yang bukannya para Anbiya', bukan juga golongansyuhada', tetapi mereka mendapat kedudukan yang berlumba-lumba dengan para syuhada' dan Anbiya'dan golongan lain di akhirat untuk mendapatkan kedudukan mereka di sisi Allah, kata mereka, Wahai Rasulullah! Ceritakanlah kepada kami tentang mereka, Sabda Rasulullah : Mereka adalah satu golongan yang berkasih sayang di atas jalan Allah SWT walaupun tiada hubungan kekeluargaan antara mereka dan bukan kerana harta benda yang dicurahkan. Demi Allah wajah-wajah mereka mereka mempunyai cahaya ...."

Pernah rasa hubungan seperti ini? saya berdoa moga ukhuwah yang saya bina selama ini kerana ALLAH dan tiada unsur lain..~amin. Saya sayang ukhuwwah fillah ini..: dengan dayah kamsani, athirah Zainazlan, Khatijah Badri, Izzah Shiro, ex-Srik 02, rakan-rakan Iltizam, Nusaibah Zahidah,Faseha, Sahibah YT,kawan2 PERSADA, kawan2MPMM, PALS, PERSIS,
P5 306 A ( Kak mariena.Ayuny,Laili,Mastura dan Ayuni ), \dan tidak dilupakan Kawan-kawan SMSU ( C ),
juga p7-1104-B ( Ukhti Wajihah, Faiqah, Jannah dan Hidayah). Semua mereka ini saya kasih dan cinta kerana Allah.

Namun, Ukhuwwah fillah ini juga punya ujian, kadang-kadang terasa/tercubit/terhantuk. Itu asam+garam+pahit+manis sebuah hubungan. Hubungan ini mendidik kita untuk berlapang dada, untuk menerima seadanya dan melengkapi sedayanya. Kita bahagia melihat kawan kita bahagia, kita sedih jika kawan kita sedih. Tapi, kita tak rasa dia milik kita, jadi kita positif dia nak kawan dengan mana-mana orang ( yang baikla, kalau jahat kita tegur ) kita tak kisah, sebab perkara apa pun ( yang baik-baik sahaja ye :) ) yang akan membahagiakan kawan kita akan buat kita bahagia.

" Sharing is loving, and loving is sharing"-BPTMFZ

Saya tafsirkan ayat-ayat cintun diatas sebagai kita : berkongsi kerana kita kasih, dan tanda kita kasih ialah kita akan berkongsi.Manis kan? Berbicara mengenai hubungan kerana Allah sememangnya menuntut saya untuk menghuraikannya dengan panjang lebar kerana ia berpaksikan ILLAH, sehingga kita merasakan kita ingin membawa mereka yang terlibat dalam hubungan ini menju ALLAH, Kita nak dia rasa bila dia susah..we'll be her/him crying shoulder..dan ...bila senang pun dia akan share dengan kita walaupun tak semua.

Ukhuwah fillah ini juga mempunyai peringkat, saya akan kongsikan nanti jika berkesempatan (doakan ya) Dan apabila kita mencapai ukhuwwah fillah di peringkat yang tertinggi, kita akan ada satu rasa... kasih dia, cinta dia, sayang dia..kita tak mahu dia terlarut dengan perkara tak baik...pendek kata hubungan ini mahu kita teruskan sampai SYURGA..

dan adalah satu kepelikan ( betul ke perkataan ni DBP? ) yang hakiki bagi saya jika manusia mengatakan mereka berukhuwwah kerana Allah tetapi tidak mahu kawannya bahagia.Maksud saya dia cemburu bila kawannya ada kawan lain...sebab apa pelik? kerana rasa cemburu hanya muncul dalam sense of belonging, eg: saya ada kakak, tapi kakak saya ada adik angkat, cemburula juga "tak cukup ke saya ni jadi adik dia" kata hati saya ;) ...tapi bila kita faham pada kefahaman islam rasa itu boleh diproses. Tapi itu fitrah merasa cemburu dalam sense of belonging, Allah dah cipta kakak saya untuk saya..kenal dia dari kecil sampai besar.

Sense of sharing ini satu dimensi yang sangat berbeza, contoh kita ada kawan baik...kita rasa nak kongsi dengan siapa-siapa pun kawan baik kita ni. Deria untuk berkongsi ini...dah nama pun kongsi. Jika kawan lain bertanya pada kita tentang dia kita hanya akan cerita yang baik-baik sahaja tentang dia, yang tak baik kita hanya cerita pada orang yang kita thiqah ( percaya ) untuk mencari solusi sahaja. Kita tak bersahabat dengan kawan kita kerana kelebihan dia, sebab kalau itulah yang menjadi sandaran persahabatan, kita akan kecewa apabila melihat kelemahan dia...dan bukan juga atas sebab-sebab lain kerana sudahnya kita jua akan kecewa. TETAPI, persahabatan itu terjalin because of ALLAH. Saya ulang : Kerana ALLAH, LILLAHITA'ALA. Tiada unsur lain...TIADA!

kalaulah masih ada unsur sense of belonging dalam Ukhuwwah Fillah anda, maka saya syorkan kamu membaca ini..ingat kawan dan yang sewaktu dengannya bukan suami kita sehingga kita rasa sedih bila dia berkasih dengan orang lain..( ^ - ^ )

Dan ingat juga, terima seadanya dan lengkapi sedayanya. Ada banyak kisah yang boleh saya ambil contoh dalam alam realiti saya mengenai hal ini. Saya ambil contoh seorang Ukhti Kabir yang sebilik dengan saya..bagi kembang sedikit dia :). Nama dia Ukhti Nurul Wajihah binti Azizan, seorang yang sangat berhati-hati dalam ukhuwwah..dan saya tahu dia ada seorang kawan baik Ukhti Kabir : Ukhti Nur Hanisah Zakaria. Dua-dua insan ini memang banyak muhasabah saya...terima kasih Allah.

Ukhti Wajihah ini sepanjang saya kenal dia, kalau orang itu benar-benar dia berukhuwwah lillah tak pernah sekali pun dia cerita keburukan kawan dia, tak pernah..tak pernah, not even one's. Sebab dia faham konsep, ini UKHUWWAH FILLAH..hubungan kerana Allah dan satu hari apabila kita balik jumpa Allah kita akan persembahkan hubungan ini.

Ukhuwwah fillah,
kalau semua faham konsep..
pergilah air mata,
ia takkan mengalir,
kerana sedih..
hanya tangis gembira dan tangisan keredhaan..

Ukhuwwah fillah,
kalau semua faham konsep..
Iblis terdiam kaku,
Syaitan durjana menjadi beku,
nafsu mulai lesu,


OIC bersatu,
Rakusan tangan-tangan Israel kaku,
PBB terpaksa tunduk dan akur,
lantaran majoriti penduduk dunia..
penduduk dunia..penduduk dunia yang majoritinya ISLAM!

telah menyedari : Ukhuwwah Fillah..= Aman+Bahagia


Wallahu'alam, Moga Allah kasih.

No comments:

Post a Comment